Malaysia legislation

Section 61

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 61

(2)

Orang itu hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang disoal kepadanya oleh pegawai yang diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah, penalti atau pelucuthakan.

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 674

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk memberitahu yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam sesuatu jawapan kepada soalan.

(4)

Pegawai yang diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu orang itu terlebih dahulu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini, sama ada atau tidak amaran telah diberikan kepadanya di bawah subseksyen (2) hendaklah, bila mana mungkin, dijadikan ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

selepas pernyataan dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan

(b)

selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan