Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
(2)
Apabila mana-mana saksi dipanggil oleh pendakwaaan atau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai yang diberi kuasa semasa suatu penyiasatan dijalankan di bawah Bahagian ini dan boleh kemudiannya, jika mahkamah fikirkan patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi mengikut cara yang diperuntukkan oleh
Akta Keterangan 1950.
(3)
Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penyiasatan dijalankan, pernyataan itu boleh diterima dalam keterangan bagi menyokong pembelaannya semasa perbicaraan dijalankan.
Makmal Patologi 53
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini hendaklah disifatkan terpakai kepada mana-mana pernyataan yang dibuat semasa perbarisan cam atau yang terangkum dalam seksyen 27 atau perenggan 32(a), (i) dan (j) Akta Keterangan 1950.
(5)
Apabila mana-mana orang didakwa dengan mana-mana kesalahan berhubung dengan—
(a)
pembuatan; atau
(b)
kandungan, apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada pegawai yang diberi kuasa semasa penyiasatan dijalankan di bawah Bahagian ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.
Kewajipan untuk membantu pegawai yang diberi kuasa