Malaysia legislation

Section 65

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 65

Jika apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, dalam keadaan mana-mana orang yang didapati bersalah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan balik dengan sewajarnya.