Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
(2)
Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan semua benda yang disita dan boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan benda yang disita hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini dan benda yang disita itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walau apa pun bahawa tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
(3)
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa benda yang disita, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat terakhir yang diketahui bagi orang yang daripadanya barang itu telah disita yang menunjukkan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan benda itu, melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan telah dibuat mengikut cara yang ditetapkan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).
(4)
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah tuan punya benda yang disita di bawah subseksyen (3) dan bahawa benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada pegawai yang diberi kuasa yang dalam jagaannya benda itu dipegang bahawa dia menuntut benda itu.
(5)
Apabila menerima notis yang disebut dalam subseksyen (4), pegawai yang diberi kuasa hendaklah merujuk perkara itu kepada
Hakim Mahkamah Sesyen bagi suatu keputusan.
(6)
Hakim yang kepadanya perkara itu dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah tuan punya benda yang disita itu dan orang yang daripadanya benda itu disita, untuk hadir di hadapan Hakim, dan apabila dia hadir atau ingkar untuk hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah
Makmal Patologi 55
disampaikan dengan sewajarnya, Hakim itu hendaklah meneruskan pemeriksaan tentang perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini dan bahawa benda yang disita itu ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan benda itu dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan benda itu.
(7)
Tertakluk kepada subseksyen (2), apa-apa benda yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada pegawai yang diberi kuasa dan hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(8)
Jika pegawai yang diberi kuasa berpuas hati bahawa apa-apa darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau apa-apa benda lain, mengandungi pencemar merbahaya, pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah menyebabkan darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau apa-apa benda lain, dimusnahkan mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
Kos memegang barang, dsb., yang disita