Malaysia legislation

Section 78

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 78

(2)

Jika suatu notis atau perintah disampaikan melalui pos berdaftar, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari notis atau perintah itu sepatutnya diterima dalam perjalanan biasa pos itu jika notis atau perintah itu dialamatkan—

(a)

dalam hal seorang individu, ke alamat kediaman biasa atau terakhir yang diketahui atau tempat perniagaan orang itu; atau

(b)

dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian, ke tempat perniagaannya yang berdaftar.

(3)

Jika orang, pertubuhan perbadanan atau perkongsian yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah peruntukan Akta ini dimaklumkan hakikat bahawa terdapat surat berdaftar untuknya di pejabat pos, dan orang, pertubuhan perbadanan atau perkongsian itu enggan atau abai untuk mengambil penghantarserahan surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia telah diberitahu.

Pegawai yang disifatkan sebagai pekhidmat awam