Malaysia legislation

Section 81

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 81

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh dilakukan untuk menghalang pendedahan maklumat jika pendedahan itu dibuat—

(a)

bagi atau berkaitan dengan pentadbiran sewajarnya Akta ini;

(b)

bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang;

(c)

bagi maksud mana-mana penyiasatan yang dijalankan di bawah Akta ini;

(d)

berkaitan dengan apa-apa jua perkara yang berhubungan dengan prosiding disiplin profesional;

(e)

kepada suatu badan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia profesional jagaan kesihatan;

(f)

kepada mana-mana peguam yang diluluskan secara bertulis oleh pelanggan makmal patologi berlesen, yang meminta maklumat berhubung dengan mana-mana perkhidmatan makmal patologi yang disediakan kepada orang itu;

(g)

kepada mana-mana orang atau mana-mana pegawai yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri sebagai seorang yang sesuai untuk menerima maklumat itu; atau

Undang-Undang Malaysia 66

Akta 674

(h)

bagi atau berhubung dengan persediaan oleh Kerajaan bagi statistik kesihatan atau daftar kesihatan berkenaan dengan penguatkuasaan Akta ini.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

Sumbangan sosial atau kebajikan