Malaysia legislation

Section 3

of CO-OPERATIVE COLLEGE (INCORPORATION) (AMENDMENT) ACT 2019

Section 3

(2)

Maktab adalah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.

(3)

Maktab boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Maktab boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih yang boleh menjadi terletak hak padanya melalui pembelian, atau melalui apa-apa pertukaran, pemberian, derma, pajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;

(c)

memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menjual, menggadaijanjikan, memajak, menukarkan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih apa-apa perihalan atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada Maktab atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut; dan

(d)

menjalankan, melaksanakan dan menunaikan, mengikut peruntukan Akta ini, segala kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan, diperuntukkan atau dikenakan ke atas Maktab oleh mana-mana peruntukan.”.

Penggantian seksyen 4

Section 3 — AKTA MAKTAB KERJASAMA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2019