Malaysia legislation
Section 5
of *AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976
Seksyen 5
(2)
Jika seseorang yang pada tarikh yang ditetapkan telah berkahwin dengan sahnya di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman dengan seorang atau lebih daripada seorang suami atau isteri dan dia kemudiannya tidak lagi berkahwin dengan suami atau isteri atau semua suami atau isteri itu dan jika dia kemudiannya berkahwin lagi, dia tidak upaya dalam masa berterusnya perkahwinan itu berkahwin dengan sah dengan seseorang lain di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman, sama ada perkahwinan yang tersebut kali kedua itu atau sesuatu yang berupa sebagai perkahwinan yang tersebut kali ketiga itu dilakukan di Malaysia atau luar Malaysia.
(3)
Jika seseorang yang pada tarikh yang ditetapkan belum berkahwin dan selepas tarikh itu dia berkahwin di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman dia tidak upaya dalam masa berterusnya perkahwinan itu berkahwin dengan sah dengan seseorang lain di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman, sama ada perkahwinan yang tersebut kali pertama itu atau sesuatu yang berupa sebagai perkahwinan yang tersebut kali kedua itu dilakukan di Malaysia atau luar Malaysia.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 15
(4)
Selepas tarikh yang ditetapkan, tiada perkahwinan di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman boleh diupacarakan kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Bahagian III.
Pentaksahan perkahwinan oleh kerana perkahwinan dahulu masih wujud