Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976

Seksyen 6

(2)

Jika seseorang lelaki yang telah berkahwin dengan sah di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman berkahwin dalam masa berterusnya perkahwinan itu dengan seseorang perempuan, maka perempuan itu tidak mempunyai apa-apa hak untuk mewarisi atau memusakai harta lelaki itu apabila dia mati tidak berwasiat.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh tanggungan seseorang bagi membayar apa-apa nafkah yang diarah supaya dibayar olehnya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Kesalahan

Section 6 — AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976