Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Penggantian seksyen 104
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 104 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 104
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (3), pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif hendaklah menghantar mengikut urutan semua arahan itu diterima oleh pemegang itu untuk berdagang dalam suatu kelas derivatif terselaras pada atau hampir dengan harga pasaran bagi suatu derivatif terselaras daripada kelas itu yang ada sebaik sebelum arahan itu dijalankan.
(3)
Jika—
(a)
pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif bercadang untuk berdagang dalam suatu kelas derivatif terselaras atas akaunnya sendiri;
(b)
orang yang olehnya atau atas arahannya, arahan untuk berdagang hendak dihantar menyedari tentang arahan seseorang klien pemegang itu untuk berdagang dalam kelas derivatif terselaras pada atau hampir dengan harga pasaran bagi suatu derivatif terselaras daripada kelas itu yang ada pada masa itu; dan
(c)
arahan klien itu belum dihantar, orang itu tidak boleh menghantar, dan tidak boleh memberi arahan kepada mana-mana orang lain untuk menghantar, arahan untuk memberi kuat kuasa kepada cadangan pemegang itu untuk berdagang dalam kelas derivatif terselaras sebelum arahan klien itu dihantar.
(4)
Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif, atau seorang pengarah, pegawai, pekerja atau wakil pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif tidak boleh, kecuali—
(a)
setakat yang perlu untuk menjalankan arahan berkenaan;
(b)
sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang lain; atau
Undang-Undang Malaysia 30
(c)
sebagaimana yang dikehendaki oleh kaedah-kaedah mana-mana bursa derivatif yang pemegang itu merupakan gabungan, menzahirkan kepada mana-mana orang lain arahan seseorang klien untuk berdagang dalam suatu kelas derivatif terselaras.
(5)
Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif yang merupakan gabungan suatu bursa derivatif dan yang terlibat dalam menjalankan arahan untuk berdagang dalam derivatif terselaras di pasaran derivatif suatu bursa derivatif hendaklah menjalankan semua arahan mengikut urutan arahan itu diterima oleh pemegang itu untuk berdagang dalam suatu kelas derivatif terselaras pada atau hampir dengan harga pasaran bagi suatu derivatif terselaras daripada kelas itu yang ada sebaik sebelum menjalankan arahan itu.
(6)
Jika—
(a)
dalam masa suatu tempoh yang tertentu, pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif menghantar arahan
(sama ada atau tidak arahan itu terdiri daripada atau termasuk arahan yang memberi kuat kuasa kepada cadangan pemegang itu untuk berdagang dalam kelas derivatif terselaras berkenaan atas akaun pemegang itu sendiri) untuk berdagang dalam suatu kelas derivatif terselaras pada atau hampir dengan harga pasaran bagi derivatif terselaras kelas itu yang ada sebaik sebelum penjalanan arahan itu; dan
(b)
perdagangan dalam kelas derivatif terselaras itu dilaksanakan di bawah arahan itu, pemegang itu hendaklah, kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh kaedah-kaedah bursa derivatif yang pemegang itu merupakan gabungan, menguntukkan perdagangan mengikut arahan itu—
(A)
dalam urutan yang mengikutnya perdagangan itu dilaksanakan; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(B)
dalam urutan yang mengikutnya pemegang itu menghantar arahan itu.
(7)
Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif hendaklah menyimpan, mengikut peraturan-peraturan, rekod yang menyatakan butir-butir yang ditetapkan mengenai—
(a)
arahan oleh seseorang klien untuk berdagang dalam derivatif terselaras;
(b)
tarikh dan masa penerimaan, penghantaran dan penjalanan arahan itu;
(c)
orang yang olehnya arahan itu diterima, orang yang olehnya arahan itu dihantar dan orang yang olehnya arahan itu dijalankan;
(d)
tarikh dan masa penerimaan, penghantaran dan penjalanan arahan untuk berdagang dalam derivatif terselaras atas akaun pemegang itu sendiri; dan
(e)
orang yang olehnya arahan daripada jenis yang disebut dalam perenggan (d) diterima, orang yang olehnya arahan itu dihantar dan orang yang olehnya arahan itu dijalankan, dan hendaklah memegang simpan rekod itu bagi tempoh yang ditetapkan.
(8)
Jika—
(a)
pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif menghantar, bagi menjalankan di suatu pasaran derivatif di luar Malaysia, arahan untuk berdagang dalam derivatif terselaras; dan
(b)
adalah tidak semunasabahnya dapat dilaksanakan bagi pemegang itu untuk menyatakan dalam rekod yang disimpan oleh pemegang itu di bawah subseksyen
(7)
, butir-butir yang ditetapkan mengenai tarikh dan masa penjalanan arahan itu, pemegang itu hendaklah menyatakan butir-butir itu dengan seberapa tepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan.
Undang-Undang Malaysia 32
(9)
Dalam seksyen ini, sesuatu sebutan mengenai penghantaran arahan untuk berdagang dalam sesuatu kelas derivatif terselaras oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif merupakan sebutan jika pemegang itu mempunyai—
(a)
akses langsung kepada pasaran derivatif yang arahan itu hendaklah dijalankan, kepada penghantaran arahan itu ke pasaran derivatif itu; atau
(b)
akses kepada pasaran derivatif yang arahan itu hendaklah dijalankan hanya melalui pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang satu lagi yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif, kepada penghantaran arahan itu kepada pemegang yang satu lagi itu.”.
Penggantian seksyen 105