Malaysia legislation

Section 34

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2011

Seksyen 34

“Urutan penghantaran dan penjalanan perintah

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 105 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 105

(a)

pasaran derivatif itu ialah pasaran derivatif Bursa

Ditentukan; atau

(b)

derivatif terselaras itu adalah daripada kelas derivatif terselaras yang diluluskan.

(2)

Jika—

(a)

Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa keadaan wujud yang, pada pendapat

Suruhanjaya, berkemungkinan menjejaskan pengendalian sempurna pasaran derivatif mana-mana Bursa Ditentukan atau menyebabkan gangguan kepada perdagangan dalam derivatif terselaras teratur di pasaran derivatif sedemikian;

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(b)

ditunjukkan bahawa pemegang Lesen Perkhidmatan

Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif atau mana-mana pekerja, pengarah atau wakilnya telah bertindak mengikut apa-apa cara, berhubung dengan pengendalian—

(i)

mana-mana pasaran derivatif sesuatu bursa derivatif atau yang berkenaan dengannya suatu pusat penjelasan diluluskan mengadakan kemudahan pusat penjelasan; atau;

(ii)

mana-mana pasaran derivatif Bursa

Ditentukan, yang berkemungkinan memudaratkan kepentingan awam;

(c)

pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif telah melanggar—

(i)

undang-undang sekuriti;

(ii)

kaedah-kaedah bursa derivatif atau pusat penjelasan diluluskan yang pemegang

Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang itu berhubung dengan derivatif merupakan gabungan;

atau

(iii)

mana-mana syarat yang terpakai berkenaan dengan lesennya; atau

(d)

hal keadaan lain yang ditetapkan yang wujud berkenaan dengan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif,

Undang-Undang Malaysia 34

Suruhanjaya boleh mengarahkan—

(A)

pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif supaya menghentikan perdagangan dalam derivatif terselaras, atau dalam mana-mana kelas derivatif terselaras, di pasaran derivatif mana-mana

Bursa Ditentukan; atau

(B)

supaya perdagangan dalam derivatif terselaras, atau dalam mana-mana kelas derivatif terselaras, oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif di pasaran niaga derivatif mana-mana Bursa

Ditentukan dihadkan kepada penutupan derivatif terselaras.

(3)

Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 106—

(a)

Bursa Ditentukan ialah apa-apa pasaran derivatif sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah bursa derivatif sebagai Bursa Ditentukan;

atau

(b)

kelas derivatif terselaras yang diluluskan ialah apa-apa kelas derivatif terselaras pasaran derivatif suatu

Bursa Ditentukan sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah bursa derivatif sebagai kelas derivatif terselaras yang diluluskan.

(4)

Mana-mana pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif atau pengurusan kumpulan wang berhubung dengan derivatif yang melanggar subseksyen (1) atau mana-mana arahan yang dibuat di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

35

Pindaan seksyen 107