Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pindaan seksyen 2
(a)
dengan memotong takrif “berdagang dalam kontrak niaga hadapan”;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “bank saudagar berlesen”
takrif yang berikut:
‘ “berniaga dalam derivatif” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Bahagian 2 Jadual 2;’;
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “buku” takrif yang berikut:
‘ “bursa derivatif” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang berhubungan dengannya suatu kelulusan di bawah subseksyen 8(2) sedang berkuat kuasa;’;
(d)
dengan memotong takrif “bursa niaga hadapan”;
(e)
dengan memasukkan selepas takrif “depositori pusat”
takrif yang berikut:
‘ “derivatif” ertinya mana-mana kontrak, sama ada bagi maksud mewujudkan suatu obligasi atau suatu hak atau mana-mana kombinasi kedua-duanya, yang nilai pasaran, penghantaran atau obligasi pembayarannya diperoleh daripada, merujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti sandaran atau komoditi,
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
5
aset, kadar, indeks atau mana-mana kombinasinya, sama ada ia suatu derivatif terselaras ataupun derivatif melalui kaunter, tetapi tidak termasuk—
(a)
sekuriti;
(b)
mana-mana derivatif yang Bank Negara atau
Kerajaan Malaysia ialah suatu pihak;
(c)
mana-mana derivatif melalui kaunter yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya semata-mata diperoleh daripada, merujuk kepada atau berdasarkan, kadar pertukaran mata wang; atau
(d)
mana-mana perjanjian, apabila dibuat, adalah dalam suatu kelas perjanjian yang ditetapkan sebagai bukan derivatif;
“derivatif melalui kaunter” ertinya derivatif selain daripada derivatif terselaras;
“derivatif terselaras” ertinya suatu derivatif, termasuk suatu kontrak niaga hadapan, yang didagangkan dalam bursa derivatif, yang sifat intrinsiknya ditentukan oleh bursa derivatif itu dan dagangannya dijelaskan dan diselesaikan oleh pusat penjelasan diluluskan;’;
(f)
dengan memotong takrif “hal keadaan yang berkaitan”;
(g)
dalam takrif “kaedah-kaedah”—
(i)
dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (e);
(ii)
dengan memasukkan perkataan “dan” di hujung perenggan (f); dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan berikut:
“(g) repositori dagangan, ertinya memorandum persatuan dan perkara persatuan, atau kaedah-kaedah atau arahan, dengan apa jua nama disebut dan di mana-mana jua terkandung, yang mengawal keanggotaan, pengurusan, pengendalian atau tatacara sesuatu repositori dagangan;”;
Undang-Undang Malaysia 6
(h)
dengan memotong takrif “kedudukan panjang”;
(i)
dengan memotong takrif “kedudukan pendek”;
(j)
dengan menggantikan takrif “kontrak niaga hadapan”
dengan takrif yang berikut:
‘ “kontrak niaga hadapan” ertinya suatu derivatif yang didagangkan dalam bursa derivatif yang mewujudkan suatu obligasi penghantaran fizikal atau penerimaan penghantaran fizikal instrumen sandaran derivatif itu, dengan kuantiti dan kualitinya ditentukan oleh bursa derivatif itu, pada tarikh yang ditetapkan pada masa hadapan pada harga yang ditetapkan, dan yang boleh diselesaikan secara tunai sebagai ganti kepada penghantaran fizikal;’;
(k)
dengan memasukkan selepas takrif “kontrak niaga hadapan”
takrif yang berikut:
‘ “laporan derivatif” ertinya suatu analisis atau laporan yang mengandungi syor mengenai perniagaan dalam derivatif;’;
(l)
dengan memotong takrif “laporan niaga hadapan”;
(m)
dalam takrif “lesen”, dengan memotong perkataan “atau dibaharui”;
(n)
dalam takrif “Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal” dan
“Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal”, dengan memotong perkataan “atau dibaharui”;
(o)
dengan memotong takrif “masa yang berkaitan”;
(p)
dengan memotong takrif “opsyen dagangan bursa layak”;
(q)
dengan memotong takrif “opsyen niaga hadapan”;
(r)
dengan memasukkan selepas takrif “organisasi peserta”
takrif yang berikut:
‘ “pasaran derivatif” ertinya suatu pasaran atau tempat lain di mana, atau suatu kemudahan yang melaluinya, derivatif lazimnya didagangkan;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
7
“pasaran derivatif terkecuali” ertinya pasaran derivatif yang diisytiharkan sebagai pasaran derivatif terkecuali di bawah perenggan 7(3)(a);
“pasaran modal” ertinya pasaran sekuriti dan pasaran derivatif;’;
(s)
dengan memotong takrif “pasaran niaga hadapan”;
(t)
dengan memotong takrif “pasaran niaga hadapan terkecuali”;
(u)
dengan memotong takrif “perjanjian hantar serah layak”;
(v)
dengan memotong takrif “perjanjian pelarasan”;
(w)
dengan memasukkan selepas takrif “premis” takrif yang berikut:
‘ “produk pasaran modal” ertinya mana-mana sekuriti, derivatif, unit dalam skim unit amanah, skim persaraan swasta dan mana-mana produk lain yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu produk pasaran modal;’;
(x)
dengan memasukkan selepas takrif “rekod perakaunan”
takrif yang berikut:
‘ “repositori dagangan” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang diluluskan di bawah seksyen 107B yang mengumpulkan dan menyenggara maklumat atau rekod yang berkenaan dengan transaksi derivatif melalui kaunter atau kedudukan yang dimasuki oleh mana-mana orang, termasuklah mana-mana terma dan syarat berkenaan dengannya, untuk tujuan menyediakan kemudahan penyimpanan rekod berpusat bagi derivatif melalui kaunter;’;
(y)
dalam takrif “sekuriti”, dengan memotong perkataan “, tetapi tidak termasuk kontrak niaga hadapan”; dan
(z)
dalam takrif “unit”, dengan memasukkan selepas perkataan
“skim unit amanah” perkataan “, skim persaraan swasta”.
Undang-Undang Malaysia 8
Pindaan seksyen 10