Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Seksyen 10 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam perenggan (1)(a)—
(i)
dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan (i);
(ii)
dengan menggantikan subperenggan (ii) dengan subperenggan yang berikut:
“(ii) hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditentukan oleh Menteri yang tidak melebihi tempoh tiga tahun tetapi hendaklah layak untuk dilantik semula; dan”; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas subperenggan (ii)
subperenggan yang berikut:
“(iii) boleh pada bila-bila masa, dibatalkan pelantikannya oleh Menteri;”;
(b)
dalam perenggan (1)(b)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “pelantikan atau pemilihan” dengan perkataan “pelantikan, pelantikan semula, pemilihan atau pemilihan semula”; dan
(ii)
dengan menggantikan noktah dengan perkataan “;
dan”;
(c)
dengan memasukkan selepas perenggan (1)(b) perenggan yang berikut:
“(c) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, mengubah bilangan pengarah berkepentingan awam yang dilantik di bawah perenggan (a).”;
(d)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“pelantikan atau pemilihan” dengan perkataan “pelantikan, pelantikan semula, pemilihan atau pemilihan semula”; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(e)
dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:
“(5) Bagi maksud seksyen ini, seorang pengarah termasuk seorang yang merupakan ketua eksekutif.”.
Pindaan seksyen 26