Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
Pindaan seksyen 125
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Seksyen ini terpakai kepada orang yang berikut:
(a)
seseorang orang berlesen;
(b)
seseorang pemegang amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 260, seksyen 289 atau Bahagian IIIA;
(c)
penjaga sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 121;
(d)
pentadbir skim persaraan swasta yang diluluskan di bawah Bahagian IIIA;
(e)
mana-mana orang berdaftar di bawah subseksyen 76(2) atau mana-mana orang berdaftar yang disebut di bawah Bahagian 2 Jadual 4; dan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(f)
mana-mana orang yang menyenggarakan suatu akaun amanah bagi aset klien.”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Tanpa menjejaskan seksyen 354, 355 atau 356, jika—
(a)
orang berlesen atau pemegang amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 260, 289 atau Bahagian IIIA telah melanggar
Akta ini atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
(b)
kepentingan klien pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal atau kepentingan pemegang debentur atau pemegang unit mungkin dalam keadaan bahaya atau berada dalam keadaan bahaya;
(c)
mana-mana alasan yang wujud yang baginya suatu lesen tidak boleh diberikan di bawah seksyen 260 atau 289;
(d)
mana-mana alasan yang wujud yang baginya suatu lesen boleh dibatalkan atau digantung di bawah seksyen 72 atau mana-mana tindakan yang boleh diambil menurut seksyen 262,
290 atau 292;
(e)
kepentingan anggota suatu skim persaraan swasta mungkin dalam keadaan bahaya atau berada dalam keadaan bahaya;
(f)
penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan di bawah seksyen 139Q telah melanggar Akta ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
(g)
mana-mana hal keadaan yang wujud yang baginya suatu kelulusan yang diberikan di bawah
Bahagian IIIA Akta ini boleh ditarik balik;
Undang-Undang Malaysia 44
(h)
mana-mana hal keadaan yang wujud yang baginya suatu tindakan boleh diambil di bawah Akta ini untuk menggantikan atau memecat pemegang amanah yang diluluskan di bawah Bahagian IIIA Akta ini; atau
(i)
mana-mana hal keadaan yang wujud yang baginya Suruhanjaya boleh mengambil tindakan di bawah subseksyen 76(9),
Suruhanjaya boleh mengambil mana-mana satu atau lebih tindakan yang berikut:
(A)
mengarahkan mana-mana orang di bawah subseksyen (1)—
(i)
supaya tidak berurusan dengan wang dan harta klien atau anggotanya mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya;
(ii)
supaya memindahkan wang dan harta klien atau anggotanya kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya;
atau
(iii)
supaya memindahkan mana-mana rekod atau dokumen berhubung dengan wang atau harta kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya;
(B)
melarang mana-mana orang dalam perenggan
(1)
, (d), (e) dan (f) daripada—
(i)
membuat urus niaga daripada perihalan tertentu, dalam hal keadaan tertentu atau takat tertentu;
(ii)
mensolisit urusan daripada orang yang berperihalan tertentu; atau
(iii)
menjalankan urusan mengikut cara yang ditentukan;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(C)
menghendaki mana-mana orang dalam perenggan (1)(a), (d), (e) dan (f) untuk menjalankan urusan mengikut cara yang ditentukan; atau
(D)
mengarahkan mana-mana orang dalam perenggan (1)(a), (d), (e) dan (f) untuk menyenggarakan harta di dalam atau di luar
Malaysia sehingga—
(i)
harta yang disenggarakan mempunyai nilai dan daripada perihalan yang ternyata pada Suruhanjaya dirasakan perlu untuk memastikan agar orang itu akan dapat memenuhi tanggungannya; dan
(ii)
harta itu disenggarakan mengikut cara yang akan membolehkan orang itu pada bila-bila masa dengan bebas memindahkan atau selainnya melupuskan harta itu.”;
(c)
dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan “(1)
atau”;
(d)
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, kaedah-kaedah, terma mana-mana kontrak” dengan perkataan “Tiada apa-apa jua dalam Akta ini, mana-mana kaedah-kaedah, mana-mana terma mana-mana kontrak”;
dan
(e)
dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(7) Bagi maksud seksyen ini, jika orang dalam perenggan (1)(c) atau (f) ialah institusi berlesen atau bank Islam; arahan, syarat, larangan atau kehendak ke atas orang itu hendaklah dibuat melalui Bank
Negara.”.
Undang-Undang Malaysia 46
Pindaan seksyen 126