Malaysia legislation

Section 42

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2011

Seksyen 42

Seksyen 126 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3A) Bagi maksud subseksyen (3), jika orang yang berkaitan ialah pemegang suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti, berniaga dalam derivatif atau pengurusan kumpulan wang, juruaudit yang dilantik hendaklah seorang juruaudit yang berdaftar di bawah seksyen 31O Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.”.