Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Seksyen 28 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “berpuas hati bahawa demi kepentingan awam, atau adalah sesuai untuk berbuat demikian bagi melindungi pelabur, atau untuk menyenggara suatu pasaran yang adil dan teratur” dengan perkataan “menjalankan kuasanya di bawah subperenggan 26(1)(c)(i) atau (ii)”;
(ii)
dengan menggantikan perkataan “boleh memberikan notis bertulis kepada bursa saham, bursa niaga hadapan atau pusat penjelasan diluluskan, jika berkaitan, untuk—” dengan perkataan “hendaklah menyatakan di dalam notis itu, tindakan yang perlu diambil, termasuklah mana-mana yang berikut:”;
Undang-Undang Malaysia 12
(iii)
dengan menggantikan koma di hujung perenggan
(k)
dengan noktah; dan
(iv)
dengan memotong perkataan “mana-mana yang berkenaan.”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Jika Suruhanjaya mengeluarkan suatu notis menurut subperenggan 26(1)(c)(i) atau (ii), Suruhanjaya hendaklah mengemukakan suatu laporan bertulis yang menyatakan sebab bagi pemberian notis itu kepada
Menteri.”; dan
(c)
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“yang diberikan di bawah subseksyen (1)” dengan perkataan “dikeluarkan menurut subperenggan 26(1)(c)
(i)
atau (ii)”.
Pindaan seksyen 60