Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Seksyen 26 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Suruhanjaya boleh menyerahkan suatu notis bertulis kepada suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan, depositori pusat atau pertubuhan perbadanan yang berkaitan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
(a)
percanggahan berlaku atau mungkin berlaku antara—
(i)
kepentingan suatu pertubuhan perbadanan yang telah diluluskan sebagai suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan, depositori pusat atau pertubuhan perbadanan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(ii)
kepentingan untuk pelaksanaan yang sepatutnya fungsi atau kewajipan yang diberikan oleh Akta ini atau mana-mana undang-undang lain, ke atas syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan, depositori pusat atau pertubuhan perbadanan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
Undang-Undang Malaysia 10
(b)
percanggahan kepentingan seperti yang dinyatakan di bawah perenggan (a)
berkemungkinan berterusan atau berulang;
atau
(c)
ia adalah perlu atau suai manfaat untuk—
(i)
memastikan pasaran yang adil dan teratur;
(ii)
perlindungan pelabur, atau demi kepentingan awam;
(iii)
memastikan integriti pasaran modal;
atau
(iv)
pentadbiran undang-undang sekuriti yang efektif.”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1A) Jika Suruhanjaya menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh menyatakan sebab untuk menyokong alasan bagi notis itu dan mengarahkan mana-mana orang yang disebut di bawah subseksyen (1) supaya serta-merta mengambil apa-apa tindakan yang dinyatakan di dalam notis itu, termasuk langkah-langkah yang berhubung dengan mana-mana hal ehwal, urus niaga atau hartanya.”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Walau apa pun yang terkandung di bawah undang-undang sekuriti, jika Suruhanjaya fikirkan perlu atau suai manfaat bagi melindungi pelabur atau pentadbiran undang-undang sekuriti yang berkesan atau demi kepentingan awam, Suruhanjaya boleh menunaikan mana-mana kewajipan bursa saham atau bursa derivatif berkaitan dengan—
(a)
pengawasan pasaran modal dan peserta pasaran; atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
(b)
penguatkuasaan—
(i)
kaedah-kaedah bursa saham yang mengawal sebut harga sekuriti di pasaran saham bursa saham dan kehendak penyenaraian; atau
(ii)
kaedah-kaedah mengawal pematuhan oleh organisasi peserta bursa saham atau gabungan bursa derivatif.
(7)
Jika Suruhanjaya menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (6), subseksyen 11(4) tidak terpakai setakat kuasa yang dijalankan oleh Suruhanjaya.
(8)
Jika Suruhanjaya menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (6), ia boleh mengenakan levi ke atas bursa saham atau bursa derivatif, suatu fi pengawalseliaan dengan suatu amaun sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri.”.
Pindaan seksyen 28