Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Seksyen 201 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (9) dengan subseksyen yang berikut:
“(9) Setakat yang apa-apa amaun yang didapatkan atau diperoleh dalam tindakan sivil di bawah subseksyen (5)
atau (6) tidak diagihkan menurut subseksyen (7), amaun itu hendaklah—
(a)
dibayar ke dalam Dana Pampasan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau
(b)
dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membiayai—
(i)
kos memajukan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau
(ii)
kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.”.
Pindaan seksyen 211