Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 14

Seksyen 211 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4) Setakat yang mana-mana amaun yang didapatkan dalam tindakan sivil di bawah subseksyen (1) tidak diagihkan menurut perenggan (2)(b), amaun itu hendaklah—

(a)

dibayar ke dalam Dana Pampasan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau

(b)

dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membiayai—

(i)

kos memajukan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau

(ii)

kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.”.

30

Undang-Undang Malaysia

Penggantian Penggal 1 Bahagian VI