Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 16

Seksyen 220 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (7) dengan subseksyen yang berikut:

“(7) Setakat yang apa-apa amaun yang diperoleh di bawah perenggan 1(h) atau subseksyen (6) tidak diagihkan oleh sebab kesulitan untuk mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan, amaun tersebut hendaklah—

(a)

dibayar kepada Dana Pembangunan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau

(b)

dipegang oleh Suruhanjaya untuk membiayai—

(i)

kos untuk memajukan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau

(ii)

kos pengawalseliaan pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.”.

40

Undang-Undang Malaysia

Pindaan seksyen 233