Malaysia legislation

Section 215A

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 215A

(2)

Jika kebenaran yang disebut dalam subseksyen (1)

ditolak, penerbit hendaklah dengan serta merta membayar balik tanpa bunga semua wang yang disebut dalam subseksyen

(1)

dan jika wang tersebut tidak dibayar balik dalam masa empat belas hari selepas penerbit menjadi bertanggungan untuk membayar balik, sebagai tambahan kepada tanggungan penerbit, pegawai penerbit hendaklah secara bersesama dan berasingan menjadi bertanggungan untuk membayar balik wang itu dengan bunga pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya mulai tamatnya tempoh itu.

39

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(3)

Wang yang dibayar ke dalam akaun amanah di bawah seksyen ini tidak boleh digunakan untuk pembayaran hutang penerbit, atau dibayar atau diambil untuk pelaksanaan di bawah suatu perintah atau proses mana-mana mahkamah.

(4)

Apa-apa syarat yang dikenakan oleh seorang penerbit yang menghendaki atau mengikat mana-mana orang untuk mengenepikan pematuhan seksyen ini atau berupa sebagai berbuat sedemikian adalah tidak sah.

(5)

Suruhanjaya boleh menentukan apa-apa kategori pemohon yang tidak tertakluk kepada seksyen ini.

(6)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 220