Malaysia legislation

Section 214A

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 214A

(a)

pemohon telah gagal untuk mematuhi apa-apa kehendak di bawah Akta ini atau apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;

(b)

permohonan itu mengandungi apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material;

35

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(c)

Suruhanjaya tidak berpuas hati dengan rekod tadbir urus korporat penerbit atau khuatir dengan integriti mana-mana pengarah penerbit itu;

(d)

Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kelulusan permohonan boleh menjejaskan kepentingan pelabur;

(e)

Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kelulusan permohonan itu akan bercanggah dengan kepentingan awam; atau

(f)

dalam kes suatu permohonan untuk penyenaraian atau sebut harga suatu amanah perniagaan, amanah perniagaan itu tidak didaftarkan dengan atau diiktiraf oleh Suruhanjaya di bawah Penggal 3B.

(2)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

terdapat pelanggaran subseksyen 215(1);

(b)

terdapat pelanggaran apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah seksyen 214; atau

(c)

terdapat apa-apa perubahan atau perkembangan dalam hal keadaan berhubung dengan permohonan yang berlaku selepas Suruhanjaya memberikan kelulusannya di bawah seksyen ini, dan jika perubahan atau perkembangan itu, jika diketahui oleh Suruhanjaya sebelum kelulusan itu, akan mempengaruhi keputusannya berhubung permohonan itu,

Suruhanjaya boleh—

(A)

membatalkan kelulusan yang diberikan di bawah seksyen 214;

(B)

menyemak semula kelulusan itu; atau

(C)

mengenakan apa-apa terma atau syarat lanjut, sebagaimana yang difikirkan patut atau perlu oleh

Suruhanjaya, dengan syarat bahawa Suruhanjaya hanya boleh membatalkan atau menyemak semula kelulusan itu atau mengenakan apa-apa terma dan syarat lanjut jika pembatalan, penyemakan semula atau pengenaan itu tidak akan menyentuh hak pihak ketiga yang mungkin diwujudkan oleh atau yang berbangkit daripada penjalanan atau pelaksanaan suatu cadangan dalam permohonan mengikut kelulusan yang diberikan di bawah seksyen 214.

36

Undang-Undang Malaysia

(3)

Suruhanjaya hendaklah memberi orang itu suatu peluang untuk didengar sebelum apa-apa keputusan dibuat di bawah subseksyen (2).

(4)

Berkenaan dengan suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 213(2)—

(a)

mana-mana orang boleh membuat pengumuman mengenai suatu permohonan sebelum mengemukakan permohonan itu kepada Suruhanjaya bagi kelulusannya;

atau

(b)

Suruhanjaya boleh mengarahkan seorang pemohon untuk membuat suatu pengumuman berhubung dengan permohonan atau apa-apa perkara di bawah

Penggal ini mengikut kaedah-kaedah bursa saham, jika difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), suatu “pengumuman”

termasuklah apa-apa penyiaran melalui notis dalam akhbar atau dalam apa-apa bentuk lain tentang suatu niat yang mantap untuk membuat tawaran bagi apa-apa sekuriti.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 214(3)

atau perenggan 214A(4)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Pernyataan palsu atau mengelirukan, dsb.