Malaysia legislation

Section 215

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 215

(a)

seorang penerbit atau pemohon atau mana-mana pegawai atau sekutunya;

(b)

seorang penasihat kewangan atau pakar; atau

(c)

mana-mana orang lain,

37

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

tidaklah boleh—

(A)

mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan;

(B)

mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material; atau

(C)

terlibat dalam atau membantu atau bersubahat dalam kelakuan yang diketahuinya adalah mengelirukan atau memperdayakan atau yang berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan Suruhanjaya.

(2)

Adalah menjadi suatu pembelaan kepada suatu pendakwaan atau apa-apa prosiding bagi pelanggaran subseksyen (1) jika dibuktikan bahawa defendan, setelah membuat siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu, mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan sehingga masa pernyataan itu dibuat atau maklumat itu diberikan atau sehingga penglibatan dalam kelakuan itu, sememangnya mempercayai bahawa—

(a)

pernyataan atau maklumat itu adalah benar dan tidak mengelirukan;

(b)

peninggalan itu tidak material;

(c)

tidak ada peninggalan yang material; atau

(d)

kelakuan yang berkenaan itu tidak mengelirukan atau memperdayakan.

(3)

Jika—

(a)

pernyataan atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) telah dikemukakan atau diberikan kepada Suruhanjaya, atau kelakuan yang disebut dalam subseksyen (1) telah dilakukan; dan

(b)

orang yang disebut dalam subseksyen itu mengetahui atau menyedari sebelum cadangan dalam permohonan itu dilaksanakan, dilakukan dan dijalankan dengan sepenuhnya—

(i)

bahawa pernyataan atau maklumat itu mungkin palsu atau mengelirukan atau tidak lengkap secara material; atau 38

Undang-Undang Malaysia

(ii)

bahawa kelakuan itu berkecenderungan untuk mengelirukan atau memperdayakan, orang itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu

Suruhanjaya mengenai fakta yang disebut dalam subperenggan (b)(i) atau (ii), jika berkenaan, dan hendaklah mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya menurut subseksyen 214A(2).

(4)

Bagi maksud perenggan (3)(b), seseorang yang mengetahui atau menyedari termasuklah seseorang yang menyebabkan atau melakukan suatu perbuatan yang menyebabkan pernyataan atau maklumat itu menjadi palsu atau mengelirukan atau tidak lengkap secara material.

(5)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan juga didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.

Wang permohonan hendaklah dibayar ke dalam akaun amanah jika prospektus tidak dikehendaki