Malaysia legislation
Section 256G
Seksyen 256G
(a)
menggunakan kuasanya untuk menarik balik suatu kebenaran atau pengiktirafan di bawah Penggal ini;
(b)
menyedari bahawa suatu kenyataan atau maklumat yang diberi atau dikemukakan kepadanya di bawah
Penggal ini adalah palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat peninggalan yang material;
atau
(c)
berpuas hati bahawa kepentingan pelabur atau kepentingan awam dalam keadaan bahaya atau mungkin dalam keadaan bahaya,
45
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan bertulis kepada orang yang telah dipertanggungjawabkan suatu obligasi untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah
Penggal ini atau peraturan atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, untuk mengambil tindakan sebagaimana yang ditentukan dalam arahan untuk—
(A)
mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan—
(i)
apa-apa kehendak atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti;
(ii)
apa-apa garis panduan atau notis bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; atau
(iii)
apa-apa terma, syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah atau menurut Akta ini;
atau
(B)
mengambil langkah untuk meremedi kemungkiran yang berkenaan dengannya Suruhanjaya melaksanakan kuasanya untuk menarik balik kebenaran atau pengiktirafan di bawah perenggan 256E(1)(a)atau mengurangkan kesan kemungkiran itu.
(2)
Mana-mana orang yang disebut di bawah Penggal ini hendaklah memberi bantuan kepada Suruhanjaya, atau kepada orang yang bertindak sebagai wakil atau dengan kuasa
Suruhanjaya, termasuklah pemberian penyata dan penyediaan maklumat yang berhubungan dengan operasinya atau apa-apa maklumat lain yang diperlukan oleh Suruhanjaya atau orang yang bertindak sebagai wakil atau dengan kuasa Suruhanjaya, bagi pentadbiran undang-undang sekuriti yang sewajarnya.
(3)
Seseorang yang gagal untuk mematuhi mana-mana arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau gagal untuk menyediakan bantuan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.
46
Undang-Undang Malaysia
PENGGAL 3B
Amanah Perniagaan
Tafsiran dan pemakaian