Malaysia legislation
Section 256H
Seksyen 256H
(2)
Bagi maksud Penggal ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pengarah” termasuklah seseorang yang merupakan ketua pegawai eksekutif;
“pengurus pemegang amanah” ertinya seseorang yang—
(a)
memegang harta atau aset sebagai amanah bagi pemegang unit amanah perniagaan itu; dan
(b)
menguruskan dan mengendalikan harta atau aset itu;
“surat ikatan” ertinya mana-mana surat ikatan yang mewujudkan suatu amanah perniagaan dan memperuntukkan tadbir urus bagi hal ehwalnya dan penjalanan urusannya dan termasuklah mana-mana instrumen yang meminda atau menyentuh surat ikatan itu.
Permohonan bagi pendaftaran atau pengiktirafan