Malaysia legislation

Section 256P

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 256P

(a)

menggunakan kuasanya untuk maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati bagi kepentingan terbaik pemegang unit secara keseluruhannya;

(b)

menggunakan ketelitian dan ketekunan yang munasabah;

(c)

bertindak mengikut kehendak Akta ini, garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dan surat ikatan;

(d)

memberi keutamaan kepada kepentingan pemegang unit secara keseluruhan mengatasi kepentingannya sendiri jika terdapat percanggahan antara kepentingan pemegang unit secara keseluruhan dengan kepentingannya sendiri;

51

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(e)

memastikan bahawa harta atau aset amanah perniagaan itu dinilai pada suatu lat masa yang tetap yang berpatutan dengan sifat harta atau aset itu;

(f)

memastikan bahawa semua pembayaran daripada harta atau aset amanah perniagaan itu dibuat mengikut surat ikatan dan mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; dan

(g)

menjalankan apa-apa kewajipan atau tanggungjawab lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Pengurus pemegang amanah tidak boleh menggunakan apa-apa harta atau aset amanah perniagaan itu atau apa-apa maklumat yang diperolehi menurut kuasa kedudukannya sebagai pengurus pemegang amanah, untuk memperoleh secara langsung atau tidak langsung, manfaat bagi dirinya sendiri atau bagi mana-mana orang lain yang menyebabkan kemudaratan kepada pemegang unit secara keseluruhannya.

(3)

Pengurus pemegang amanah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.

(4)

Pengurus pemegang amanah hendaklah bertanggungan kepada semua pemegang unit secara keseluruhannya bagi apa-apa keuntungan atau pemerolehan kewangan secara langsung atau tidak langsung yang dibuat oleh pengurus pemegang amanah itu atau mana-mana perbadanan berkaitannya atau bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang unit amanah perniagaan secara keseluruhannya, akibat pelanggaran seksyen ini.

Kewajipan dan tanggungjawab pegawai dan ejen

Section 256P — AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012