Malaysia legislation

Section 256Q

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 256Q

(a)

menggunakan kuasanya untuk maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati demi kepentingan pemegang unit secara keseluruhannya dan hendaklah mengambil semua langkah munasabah untuk memastikan pengurus pemegang amanah itu menunaikan kewajipannya di bawah seksyen 256P;

52

Undang-Undang Malaysia

(b)

memberikan keutamaan kepada kepentingan pemegang unit secara keseluruhannya mengatasi daripada kepentingan pemegang amanah itu jika terdapat suatu percanggahan antara kepentingan pemegang amanah secara keseluruhannya dengan kepentingan pengurus pemegang amanah; dan

(c)

menjalankan apa-apa kewajipan atau tanggungjawab lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(2)

Pegawai atau ejen pengurus pemegang amanah tidak boleh—

(a)

menggunakan apa-apa harta atau aset amanah perniagaan itu;

(b)

menggunakan apa-apa maklumat yang diperolehi menurut kuasa kedudukannya sebagai pegawai atau ejen pengurus pemegang amanah itu;

(c)

menggunakan kedudukannya sebagai pegawai atau ejen pengurus pemegang amanah itu;

(d)

menggunakan apa-apa peluang yang disedari olehnya dalam pelaksanaan fungsinya sebagai pegawai atau ejen pengurus pemegang amanah itu; atau

(e)

terlibat dalam apa-apa perniagaan yang bersaing dengan amanah perniagaan itu, untuk membuat apa-apa keuntungan secara langsung atau tidak langsung, atau untuk menyebabkan kemudaratan kepada pemegang unit secara keseluruhannya.

(3)

Kewajipan pegawai pengurus pemegang amanah suatu amanah perniagaaan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengatasi apa-apa kewajipan pegawai di bawah seksyen 132

Akta Syarikat 1965 yang bercanggah.

(4)

Tiada prosiding sivil atau jenayah boleh dibawa atau dimulakan terhadap seseorang pegawai pengurus pemegang amanah suatu amanah perniagaan bagi kemungkiran di bawah seksyen 132 Akta Syarikat 1965, mana-mana kewajipan fidusiari atau mana-mana kewajipan lain di bawah common law berhubung dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan untuk bertindak jika perbuatan atau peninggalan itu dikehendaki oleh subseksyen (1).

53

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(5)

Pegawai atau ejen pengurus pemegang amanah bagi suatu amanah perniagaan yang melanggar subseksyen (1) atau

(2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan juga boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.

(6)

Pegawai atau ejen pengurus pemegang amanah hendaklah bertanggungan kepada pemegang unit secara keseluruhannya bagi apa-apa keuntungan atau perolehan kewangan secara langsung atau tidak langsung yang dibuat oleh pengurus pemegang amanah atau mana-mana perbadanan berkaitannya, atau bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang unit amanah perniagaan secara keseluruhannya, akibat pelanggaran subseksyen (1) atau (2).

(7)

Tiada tindakan atau prosiding boleh dibawa oleh atau bagi pihak semua atau mana-mana pemegang unit amanah suatu amanah perniagaan terhadap seseorang pegawai pengurus pemegang amanah bagi amanah perniagaan itu bagi mana-mana kemungkiran atau kemungkiran yang dikatakan berhubung kewajipan yang dikenakan oleh subseksyen (1)

dan (2), kecuali mengikut cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 256ZF.

(8)

Dalam seksyen ini—

“ejen” bermaksud jurubank, peguam bela dan peguam cara atau juruaudit pengurus pemegang amanah dan bagi maksud perenggan 256Q(2)(b), (c) dan (d), termasuk seorang yang pernah menjadi jurubank, peguam bela dan peguam cara atau juruaudit pengurus pemegang amanah itu.

Pemerolehan kepentingan dalam amanah perniagaan

Section 256Q — AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012