Malaysia legislation

Section 26

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 26

Seksyen 356 Akta ibu dipinda dengan menggantikan bagi subseksyen 356(9) subseksyen yang berikut:

“(9) Setakat yang apa-apa amaun yang boleh didapatkan di bawah perenggan (2)(d) atau subseksyen (8) tidak diagihkan oleh sebab kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan, amaun tersebut hendaklah—

(a)

dibayar kepada Dana Pampasan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau

(b)

dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membayar kos—

(i)

membangunkan dan memudahkan program pendidikan bagi pelabur pasaran modal dan profesional; atau

(ii)

mengawalselia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.”.

73

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

Kecualian dan peralihan