Malaysia legislation

Section 27

of AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 27

(a)

berniaga dalam sekuriti;

(b)

berniaga dalam derivatif dan adalah suatu gabungan bursa derivatif yang berkaitan; atau

(c)

pengurusan kumpulan wang;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Dana Pampasan Pasaran

Modal yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

“tabung yang berkaitan” ertinya tabung pampasan dan tabung kesetiaan yang ditubuhkan dan disenggarakan di bawah Bahagian yang telah digantikan;

“tarikh kuat kuasa” ertinya tarikh berkaitan berkuat kuasanya

Akta ini atau peruntukan berkenaan di bawah Akta;

(2)

Bursa saham dan bursa derivatif yang berkaitan hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kuat kuasa, memindahkan kepada Perbadanan segala wang yang membentuk tabung yang berkaitan dan jumlah yang dipindahkan kepada

Perbadanan adalah menjadi sebahagian daripada Dana Pampasan

Pasaran Modal.

74

Undang-Undang Malaysia

(3)

Apa-apa—

(a)

deposit yang telah diserah simpan atau dibayar kepada

Suruhanjaya menurut seksyen 70 Akta ibu sebelum tarikh kuat kuasa; atau

(b)

pembayaran yang telah dibuat kepada Suruhanjaya menurut seksyen 106 Akta ibu sebelum tarikh kuat kuasa, hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kuat kuasa, dibayar kepada Perbadanan dan disifatkan sebagai caruman kepada Dana

Pampasan Pasaran Modal.

(4)

Melainkan jika ternyata niat sebaliknya di dalam Akta ini, berkenaan dengan tuntutan yang dibuat terhadap tabung yang berkaitan atau deposit yang berkaitan—

(a)

apa-apa keputusan yang dibuat oleh bursa saham yang berkaitan, bursa derivatif yang berkaitan atau Suruhanjaya sebelum tarikh kuat kuasa berhubung dengan apa-apa tuntutan yang dibuat terhadap tabung yang berkaitan atau deposit yang berkaitan hendaklah terus menjadi sah selepas tarikh kuat kuasa seolah-olah ia dibuat oleh

Perbadanan;

(b)

apa-apa tuntutan yang dibuat terhadap tabung yang berkaitan atau deposit yang berkaitan sebelum tarikh kuat kuasa tetapi belum diputuskan oleh bursa saham yang berkaitan, bursa derivatif yang berkaitan atau Suruhanjaya sehingga tarikh kuat kuasa, hendaklah terus dipertimbangkan dan diputuskan oleh bursa saham yang berkaitan, bursa derivatif yang berkaitan atau Suruhanjaya;

(c)

apa-apa rayuan kepada Suruhanjaya terhadap keputusan yang dibuat oleh bursa saham yang berkaitan atau bursa derivatif yang berkaitan sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah terus menjadi sah;

(d)

apa-apa pembayaran bagi tuntutan yang berjaya—

(i)

yang telah diputuskan oleh bursa saham yang berkaitan, bursa derivatif yang berkaitan atau Suruhanjaya di bawah perenggan (a) atau (b); atau

(ii)

menurut keputusan Suruhanjaya atas suatu rayuan di bawah perenggan (c), hendaklah dibuat daripada Dana Pampasan Pasaran Modal oleh Perbadanan itu;

75

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(e)

orang yang terkilan oleh keputusan bursa saham yang berkaitan atau bursa derivatif yang berkaitan dalam perenggan (a) atau (b) boleh merayu kepada Suruhanjaya dan keputusan Suruhanjaya adalah muktamad; dan

(f)

jika Perbadanan membuat suatu pembayaran di bawah perenggan (d)—

(i)

Perbadanan itu adalah disubrogasi setakat pembayaran mengenai semua hak dan remedi pihak menuntut itu berkenaan dengan kerugian yang ditanggung oleh pihak menuntut itu; dan

(ii)

pihak menuntut itu tidak boleh mempunyai apa-apa tuntutan atau hak di bawah prosiding kebankrapan atau undang-undang atau selainnya—

(A)

ke atas apa-apa jumlah daripada aset orang yang berkaitan berkenaan dengan kerugian itu; atau

(B)

ke atas apa-apa jumlah berkenaan dengan kerugian itu yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan seseorang pengarah, pegawai, wakil atau pekerja orang yang berkaitan, sehingga Perbadanan telah dibayar ganti amaun penuh pembayaran yang dibuat olehnya daripada Dana

Pampasan Pasaran Modal itu, termasuk apa-apa bunga yang dibayar.

(5)

Berkenaan dengan penerusan hak dan tanggungan yang lain—

(a)

tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi apa-apa kesalahan atau kemungkiran yang dilakukan di bawah Akta ibu sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum tarikh kuat kuasa itu berkenaan dengan kesalahan atau kemungkiran itu;

dan

(b)

apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau ditanggung sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan itu adalah tidak tersentuh oleh

76

Undang-Undang Malaysia

Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah

Akta ini tidak dibuat.

(6)

Berkenaan dengan cadangan korporat—

(a)

apa-apa tindakan, kaedah, peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan eksekutif lain, walau apa pun jua disebut, dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut atau berdasarkan