Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Skim pengendalian melombong hendaklah termasuk —
(a)
tarikh permulaan pengeluaran yang dijangkakan;
(b)
suatu jadual pengeluaran tahunan bijih mentah yang dianggarkan bagi tempoh tenemen mineral itu;
(c)
pelan pengerjaan lombong itu; dan
(d)
apa-apa maklumat yang ditetapkan atau dikehendaki secara bertulis oleh Pengarah.
(3)
Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh mengemukakan suatu pengubahsuaian kepada skim pengendalian melombong yang diluluskan bagi kelulusan Pengarah dan tidak boleh memulakan apa-apa kerja pembangunan atau perlombongan yang tidak mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan itu sehinggalah skim pengendalian melombong yang diubahsuaikan itu telah diluluskan oleh Pengarah.
(4)
Pengarah hendaklah —
(a)
meluluskan skim pengendalian melombong atau ubahsuaiannya jika pelaksanaan skim itu —
(i)
boleh menyediakan suatu tempat kerja yang semunasabahnya selamat; dan
(ii)
tidak membahayakan komuniti yang bersebelahan; dan
(b)
memberitahu pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu secara bertulis tentang keputusannya.
(5)
Jika Pengarah menolak skim pengendalian melombong atau ubahsuaiannya, dia hendaklah memberitahu pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu secara bertulis tentang keputusannya.
Pembangunan Mineral 17
(6)
Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh mengemukakan sekian bilangan skim pengendalian melombong atau ubahsuaiannya sebagaimana yang perlu bagi mendapatkan kelulusan Pengarah.
(7)
Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong yang terkilan dengan keputusan Pengarah di bawah seksyen ini boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan itu, merayu secara bertulis kepada
Ketua Pengarah yang keputusannya adalah muktamad.
Notis cadangan untuk menjelajah atau menjalankan kerja pembangunan