Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994

Seksyen 9

(1)

Mana-mana pemegang lesen mencari gali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas tenemen mineral itu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, menghantar suatu salinan tenemen mineralnya kepada Pengarah dan kepada Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi.

(2)

Mana-mana pemegang tenemen mineral yang disebutkan dalam subseksyen (1) yang telah bertukar alamatnya hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh pertukaran alamat itu, memberitahu Pengarah dan Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi secara bertulis mengenai alamat barunya.

Pengemukaan skim pengendalian melombong