Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(2)
Jika mana-mana lombong hendak ditinggalkan, pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus itu hendaklah menyebabkan dibuat suatu pelan yang tepat, sehingga
Pengarah berpuas hati, menunjukkan pengerjaan lombong itu sehingga waktu peninggalan dan salinan pelan itu hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dan Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji
Bumi dalam masa satu bulan selepas peninggalan itu.
(3)
Jika sesuatu atau sebahagian daripada sesuatu lombong hendak ditinggalkan, pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus itu hendaklah memagar atau menutup dengan selamatnya tiap-tiap lubang lombong atau kolong dan pemegang lesen atau pajakan dan pengurus itu hendaklah terus bertanggungjawab sendiri bagi pematuhan sewajarnya peruntukan ini sehingga Pengarah telah mengesahkan secara bertulis bahawa kerja itu telah dilaksanakan dengan sepatutnya, walaupun lombong itu atau sebahagian daripada lombong itu telah ditinggalkan.
(4)
Lombong dan kawasan pembendungan buangan yang ditinggalkan hendaklah dijadikan selamat mengikut cara yang ditetapkan.