Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994

Seksyen 21

(a)

apa-apa kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan badan yang teruk kepada mana-mana orang; atau

(b)

apa-apa kemalangan yang mengakibatkan kerosakan kepada mana-mana harta, telah berlaku berkaitan dengan mana-mana kerja bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu tenemen mineral, pengurus, mana-mana orang lain yang menjaga lombong atau pemegang tenemen mineral itu hendaklah dengan serta-merta melaporkan secara bertulis kepada

Penolong Pengarah fakta perkara itu setakat ia diketahui.

(2)

Penolong Pengarah hendaklah —

(a)

terus melawat tempat di mana kemalangan itu telah berlaku;

(b)

memerintahkan semua pengerjaan terhenti daripada dikendalikan dengan seberapa segera yang mungkin;

(c)

membuat suatu siasatan hal keadaan itu dan merekodkan dapatan siasatan itu; dan

(d)

menghantar dengan serta-merta suatu laporan siasatan itu kepada Pengarah.

(3)

Tempat di mana kemalangan itu te1ah berlaku hendaklah dibiarkan sebagaimana keadaannya selepas sahaja kemalangan itu sehingga penyiasatan telah diselesaikan:

Dengan syarat bahawa kerja menyelamat atau apa-apa kerja yang perlu bagi keselamatan am orang yang diambil kerja di dalamnya atau bagi mendapatkan kembali mayat hendaklah tidak dilengahkan.

(4)

Tiada kerja boleh disambung semula sehingga kebenaran secara bertulis telah diperoleh daripada Penolong Pengarah.

(5)

Apabila menerima laporan yang diberikan oleh Penolong

Pengarah, jika ternyata kepada Pengarah bahawa terdapat sebab untuk mempercayai bahawa kemalangan itu telah disebabkan oleh apa-apa kegagalan mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan di bawah seksyen 15 atau apa-apa perintah yang diberikan oleh mana-mana pegawai galian di bawah Akta ini dan

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 525

Pengarah berpendapat bahawa kemalangan itu mungkin boleh dicegah jika langkah berjaga-jaga yang wajar telah diambil dan dipatuhi, dia hendaklah mengemukakan laporan Penolong Pengarah itu berserta dengan syornya tentang mengadakan suatu siasatan kepada Ketua

Pengarah.

(6)

Ketua Pengarah hendaklah mempertimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (5) dan memutuskan sama ada hendak mengadakan suatu siasatan.

Prosedur bagi siasatan