Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994

Seksyen 23

Seseorang pegawai galian boleh bagi maksud menguatkuasakan

(a)

meminta dan memeriksa apa-apa buku, dokumen, surat cara atau rekod dan membuat salinannya atau mengambil cabutan daripada buku, dokumen, surat cara atau rekod itu yang ada dalam jagaan atau kawalan mana-mana orang mengenai apa-apa perkara di bawah Akta ini;

(b)

melawat, memasuki, menyiasat dan memeriksa dengan atau tanpa notis terlebih dahulu mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral pada bila-bila masa tetapi tidaklah boleh dengan tidak perlu menggalang atau menghalang apa-apa kerja di dalamnya;

(c)

menyiasat berkenaan dengan mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral mengenai —

(i)

kedudukan dan keadaan mana-mana kawasan atau loji itu;

(ii)

apa-apa kemalangan atau kejadian berbahaya;

(iii)

apa-apa perkara atau benda berkaitan dengan atau berhubungan dengan keselamatan atau kesihatan mana-mana orang atau yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerosakan kepada harta, atau suatu kacau ganggu;

Pembangunan Mineral 29

(iv)

kesan mana-mana pengendalian atau amalan ke atas kemudahan mana-mana kawasan atau tempat; atau

(v)

pematuhan mana-mana peruntukan Akta ini;

(d)

mengambil langkah-langkah untuk memastikan penggunaan langkah berjaga-jaga yang sewajarnya dalam segala aktiviti pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, penyimpanan atau pemprosesan mineral bagi mencegah kerosakan atau bahaya kepada nyawa atau harta;

(e)

menghendaki mana-mana orang yang dijumpainya dalam sesuatu kawasan di mana pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, penyimpanan atau pemprosesan mineral dijalankan untuk menyatakan identiti dan maksudnya, dan memberi apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Akta ini dan dalam kuasa orang itu untuk memberi; dan

(f)

mengambil sampel apa-apa bahan sama ada pepejal, cecair atau gas dalam atau sedang dilepaskan ke dalam atau dari mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral.

Kuasa untuk menyiasat