Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994

Seksyen 22

Pembangunan Mineral 25

(2)

Pegawai galian itu boleh membuka siasatan itu atau mana-mana bahagian siasatan itu kepada orang awam dan hendaklah menjalankannya mengikut cara yang difikirkannya paling berkesan untuk menentukan sebab kemalangan itu dan dia hendaklah kemudiannya mengemukakan suatu laporan siasatan itu melalui

Ketua Pengarah kepada Menteri.

(3)

Dalam menjalankan siasatan, pegawai galian itu hendaklah mempunyai kuasa berikut:

(a)

untuk memperoleh dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa mana-mana orang sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu atau wajar oleh pegawai galian itu untuk diperoleh atau diperiksa;

(b)

untuk menghendaki keterangan, bertulis atau lisan, mana-mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (apa-apa sumpah atau ikrar itu hendaklah yang boleh dikehendaki daripada saksi itu jika dia memberi keterangan di Mahkamah

Tinggi) atau melalui pengakuan berkanun; dan

(c)

untuk memanggil mana-mana orang untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau

Pembangunan Mineral 27

benda lain dalam milikannya dan untuk memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda dalam milikannya.

(4)

Jika pegawai galian itu berpuas hati bahawa seseorang yang, di bawah subseksyen (3) —

(a)

setelah dipanggil menghadiri mana-mana siasatan itu, tidak berbuat demikian;

(b)

setelah dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain, tidak berbuat demikian; atau

(c)

setelah dikehendaki untuk menjawab apa-apa soalan, enggan berbuat demikian, dia boleh memperakui secara bertulis ketidakhadiran atau untuk ketidakpengemukaan dokumen atau keengganan untuk menjawab soalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan memaklumkan

Majistret dengan sewajarnya.

(5)

Seseorang yang memberi keterangan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak keterangan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab apa-apa soalan.

(6)

Jika suatu perakuan diberikan di bawah subseksyen (4),

Majistret hendaklah menyiasat kes itu dan, jika dia berpuas hati bahawa orang yang baginya perakuan itu berhubungan telah, tanpa alasan yang munasabah, tidak menghadiri atau tidak atau enggan mematuhi kehendak yang disebutkan dalam perakuan itu dia hendaklah memerintahkan orang itu supaya hadir atau supaya mematuhi kehendak itu di suatu perbicaraan di hadapan pegawai galian yang mengadakan siasatan itu pada suatu masa dan tempat yang dinyatakan dalam perintah itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 525