Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Jika ternyata kepada seseorang pegawai galian bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada disembunyikan atau didepositkan apa-apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dan jika dia mempunyai sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan mendapatkan suatu waran menggeledah di bawah seksyen 28 mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda itu mungkin akan dipindahkan atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan dalam, atas dan berkenaan dengan bangunan, tempat atau tanah itu semua kuasa yang disebutkan dalam seksyen 28 dengan cara yang penuh dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat demikian oleh waran di bawah seksyen itu.