Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994

Seksyen 30

Pemulangan sementara benda yang disita

Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini, Pengarah boleh, mengikut budi bicaranya, memulangkan untuk sementara benda itu kepada pemunya atau orang yang daripadanya benda itu disita tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Pengarah, dan tertakluk dalam apa-apa hal kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga memuaskan hatinya

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 525

bahawa benda itu akan diserahkan kepadanya apabila diminta atau dibawa di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten.

Section 30 — AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 | mylaw.my