Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994

Seksyen 31

Pelucuthakan benda yang disita

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengan benda itu telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah

Akta ini, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis kepada orang yang daripadanya benda itu disita yang menunjukkan bahawa tidak ada pendakwaan dibuat berkenaan dengan benda itu, melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan terhadapnya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen

(4)

, (5) dan (6).

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya benda yang disebutkan dalam subseksyen (3) dan bahawa benda itu bukanlah benda yang boleh dilucuthakkan boleh memberikan notis bertulis secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis kepada pegawai galian yang dalam milikannya benda itu disimpan bahawa dia menuntut benda itu.

(5)

Apabila menerima notis yang disebutkan dalam subseksyen (4), pegawai galian itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada

Pengarah yang —

(a)

boleh memerintahkan supaya benda itu dilepaskan; atau

Pembangunan Mineral 35

(b)

boleh mengarahkan pegawai galian itu merujukkan perkara itu kepada seorang Majistret bagi keputusan.

(6)

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah perenggan (5)(b) hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya benda itu dan orang yang daripadanya benda itu disita supaya hadir di hadapan

Majistret itu dan apabila mereka hadir atau jika mereka ingkar hadir, setelah dibuktikan penyampaian wajar saman itu, Majistret itu hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilucuthakkan dan jika tidak terbukti sedemikian hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilepaskan.

(7)

Apa-apa benda yang terlucut hak atau yang disifatkan telah terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Pengarah dan hendaklah dilupuskan oleh Pengarah —

(a)

mengikut arahan Majistret; atau

(b)

mengikut cara yang difikirkannya patut.

(8)

Jika apa-apa benda yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau adalah tertakluk kepada reput yang cepat dan semula jadi atau jika penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, atau dipercayai menyebabkan penggalangan atau bahaya kepada awam,

Pengarah boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

Kos memegang benda yang disita