Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994

Seksyen 33

Tiada kos atau ganti rugi boleh didapati berbangkit daripada penyitaan

Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa benda yang disita pada menjalankan atau berupa menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau mendapat apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah.