Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah alat pengangkutan
(2)
Orang yang mengawal atau menjaga alat pengangkutan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai galian itu —
(a)
memberhentikan alat pengangkutan itu dan membenarkan pegawai galian itu memeriksanya; dan
(b)
membuka semua bahagian alat pengangkutan itu, termasuk bekas di dalamnya atau di atasnya, untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan sebagaimana pegawai galian itu dapati perlu dibuat.
(3)
Mana-mana orang yang tidak atau enggan bekerjasama dengan pegawai galian itu untuk memberhentikan alat pengangkutan atau menjalankan suatu penggeledahan ke atas alat pengangkutan itu adalah melakukan suatu kesalahan.
Pembangunan Mineral 37