Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Ketua Pengarah hendaklah—
(a)
bertanggungjawab bagi pentadbiran dan penguatkuasaan
Akta ini;
(b)
menjalankan pengawasan dan kawalan ke atas aspek keselamatan berhubungan dengan lombong dan bagi pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, pemilikan, pergerakan, penyimpanan dan pemprosesan mineral dan bijih mineral mengikut Akta ini;
(c)
mendapatkan maklumat tentang dan menyimpan rekod pengendalian mengenai pemfosikan, pendulangan,
Pembangunan Mineral 13
penjelajahan, perlombongan, pemilikan, pergerakan, penyimpanan, pemprosesan, pembelian dan penjualan mineral dan bijih mineral;
(d)
melaksanakan apa-apa fungsi berhubungan dengan Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan
(e)
menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ternyata kepada Ketua Pengarah dikehendaki, berfaedah atau sesuai bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini.
Perwakilan fungsi atau kewajipan oleh Ketua Pengarah