Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994

Seksyen 6

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan kepada mana-mana pegawai di bawah kawalan, arahan dan pengawasannya penjalanan atau pelaksanaan, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang diperuntukkan dalam surat cara perwakilan itu, apa-apa fungsi atau kewajipannya yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa mana-mana perwakilan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa fungsi atau kewajipan tidaklah menghalang

Ketua

Pengarah daripada menjalankan atau melaksanakan fungsi atau kewajipan itu sendiri jika ternyata bermanfaat baginya berbuat demikian.