Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(a)
memeriksa dan mengawal selia penyimpanan, pengangkutan dan penggunaan bahan toksik, mudah terbakar atau bahan lain yang berpotensi berbahaya berkenaan dengan atau berhubungan dengan apa-apa aktiviti pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan atau pemprosesan mineral;
(b)
menghendaki pemegang sesuatu tenemen mineral untuk menyediakan dan menyenggara dalam kawasan tenemen mineral dan pemprosesan mineral itu mana-mana jalan akses dan jalan lain yang perlu dan mencukupi bagi maksud akses, keluar, pelepasan atau pemindahan selamat mana-mana orang yang tercedera;
(c)
memberi apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk memberhentikan apa-apa pengendalian, penggunaan kelengkapan atau amalan dalam atau dekat dengan mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral yang—
(i)
menjejaskan keselamatan atau kesihatan mana-mana orang;
(ii)
menyebabkan kerosakan kepada harta; atau
(iii)
menyebabkan kacau ganggu kepada atau mencacatkan kemudahan mana-mana kawasan atau tempat; dan
(d)
memerintahkan pemberhentian serta-merta kerja dalam, dan peninggalan serta-merta semua orang dari, mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral atau mana-mana bahagian kawasan atau loji itu yang disifatkan sebagai tidak selamat, atau membenarkan kerja diteruskan selepas langkah berjaga-jaga diambil atau apa-apa perkara dilakukan sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Pembangunan Mineral 15
(2)
Seseorang Penolong Pengarah boleh —
(a)
melalui notis bertulis menghendaki seseorang pengurus mengemukakan pelan pengerjaan lombong dan penyata yang mengandungi maklumat mengenai apa-apa pengendalian melombong:
Dengan syarat bahawa maklumat itu hendaklah disifatkan, jika diminta secara bertulis oleh pengurus itu, maklumat sulit bagi maksud Akta ini; dan
(b)
membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu dalam hal pertikaian antara penduduk tanah lombong berkenaan dengan pendudukan mereka atau penggunaan tanah itu.