Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977

Seksyen 13

(2)

Senarai yang disiarkan di bawah subsekyen (1) boleh mengandungi apa-apa butir lanjut sebagaimana yang ditetapkan dan pendaftar boleh, jika difikirkannya perlu, menyiarkan dalam

Warta apa-apa catatan yang mungkin dari semasa ke semasa dibuat dalam daftar di bawah subsekyen 10(1).

(3)

Daftar itu hendaklah menjadi dokumen awam mengikut pengertian Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan penyiaran senarai itu hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa orang yang tersebut namanya dalam daftar itu didaftarkan di bawah Akta ini.

(4)

Tidak adanya nama mana-mana orang dalam senarai itu hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa orang itu tidak didaftarkan di bawah Akta ini.

(5)

Sesuatu perakuan yang ditandatangani oleh pendaftar bahawa nama seseorang telah dicatatkan dalam daftar, dipotong dari atau dimasukkan semula dalam daftar hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu didaftarkan atau tidak didaftarkan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pemotongan nama daripada daftar

Section 13 — AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977