Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
dibuktikan dengan memuaskan hati Lembaga telah mati;
(b)
telah tidak memberi kepada Lembaga suatu alamat dalam
Malaysia tempat ia akan dijumpai;
Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
(c)
telah tidak membaharui perakuan pendaftarannya;
(d)
pada pendapat Lembaga adalah bersalah kerana berkelakuan tidak senonoh;
(e)
dengan sengaja memberikan butir-butir atau maklumat fraud atau tidak betul dalam permohonannya untuk pendaftaran atau di bawah seksyen 19, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(f)
telah didaftarkan disebabkan kesilapan tentang kelulusannya untuk pendaftaran;
(g)
tidak sempurna akal atau oleh sebab sesuatu keuzuran lain dia merupakan, pada pendapat Lembaga, seorang yang tidak layak untuk terus berada dalam daftar;
(h)
adalah seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(i)
telah didapati bersalah atas suatu kesalahan yang, pada pendapat Lembaga, menjadikannya tidak layak untuk terus berada dalam daftar; atau
(j)
telah didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(b), Lembaga boleh mengambil tindakan untuk memotong dari daftar nama seseorang yang tidak memberikan apa-apa maklumat yang difikirkan patut oleh Lembaga dalam tempoh satu bulan dari tarikh dihantar suatu surat berdaftar ke alamatnya yang akhir diketahui menghendaki ia berbuat demikian.
(3)
Lembaga tidak boleh memotong dari daftar nama seseorang di bawah mana-mana perenggan (1)(d) hingga (j) tanpa memberikan peluang kepada orang itu untuk didengar sendiri atau melalui peguam tetapi jika orang itu tidak mengambil peluang itu atau jika ia memilih untuk tidak didengar dalam tempoh satu bulan setelah diberitahu sebagaimana diperuntukkan dalam subsekyen (2) mengenai tujuan untuk memotong namanya dari daftar, Lembaga boleh mengambil tindakan untuk memotong namanya sedemikian.
Menyiarkan pemotongan nama daripada daftar dan pembatalan perakuan pendaftaran