Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(a)
bukan seorang yang didaftarkan di bawah Akta ini, mengaku didaftarkan sedemikian atau bekerja sebagai pembantu perubatan (tidak kira apa jua gelaran yang diberikan kepada jawatannya), menggunakan atau mengaku sebagai berhak menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan, perihal, unifom atau lencana yang memberi faham bahawa ia adalah atau adalah diakui di sisi undang-undang sebagai didaftarkan sebagai sedemikian, atau menggunakan atau mengaku sebagai berhak menggunakan apa-apa gelaran, unifom atau lencana yang ditetapkan untuk digunakan oleh pembantu perubatan; atau
(b)
dengan tujuan hendak memperdaya, menggunakan sesuatu perakuan pendaftaran yang telah dikeluarkan di bawah
Akta ini kepada seseorang lain, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan pada pertama kalinya, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan, apabila disabitkan pada kali kedua atau kali kemudian didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana orang yang—
(a)
dengan sengaja membuat atau menyebabkan dibuat sesuatu catatan palsu dalam daftar;
Pembantu Perubatan (Pendaftaran)
(b)
dengan diketahuinya memberikan butir-butir atau maklumat palsu kepada Lembaga; atau
(c)
melanggar apa-apa peruntukan Akta ini yang baginya tiada apa-apa penalti diperuntukkan, bersalah atas suatu kesalahan dan, boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan