Malaysia legislation

Section 22

of AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977

Seksyen 22

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan oleh Akta ini dan bagi menjalankan dengan lebih baik peruntukan-peruntukan Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan seksyen ini, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi—

(a)

tatacara pada mesyuarat dan prosiding lain Lembaga;

(b)

penetapan kelulusan pelajaran minimum dan kehendak lain untuk penerimaan masuk ke pusat latihan;

(c)

latihan bagi orang yang bercadang untuk didaftarkan sebagai pembantu perubatan dan kelulusan institusi untuk menjadi pusat latihan;

(d)

penjalanan peperiksaan dan perkara yang bersampingan atau yang berkaitan dengannya;

(e)

bayaran yang kena dibayar bagi peperiksaan, permohonan untuk pendaftaran, pengeluaran perakuan pendaftaran dan pembaharuan perakuan pendaftaran;

(f)

bayaran yang kena dibayar kepada pemeriksa;

(g)

borang permohonan bagi perakuan pendaftaran dan pembaharuan perakuan pendaftaran dan kehendak yang kena dipatuhi;

(h)

kelulusan yang dikehendaki bagi pendaftaran sebagai pembantu perubatan dan alasan yang berdasarkannya pendaftaran dan pembaharuan perakuan pendaftaran boleh ditolak;

(i)

bentuk, penyenggaraan dan penyiaran daftar, borang perakuan pendaftaran dan pembaharuannya;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 180 18

(j)

pemotongan nama daripada dan kemasukan semula nama dalam daftar;

(k)

Lembaga menubuhkan jawatankuasa dan membenarkan perwakilan kepada jawatankuasa mana-mana kuasa

Lembaga dan membuat peraturan mengenai prosiding jawatankuasa;

(l)

penetapan dan jenis kewajipan yang hendaklah dijalankan oleh pembantu perubatan.

Pembantu Perubatan (Pendaftaran)

19

Akta 180

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A621

Akta Pembantu Hospital 31-05-1985;

(Pendaftaran) (Pindaan) 1985

kecuali perenggan 8(a)

dan 22(a)

Section 22 — AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977