Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anggota” ertinya seseorang anggota Lembaga;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 180 6

“daftar” ertinya daftar pembantu perubatan yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 6;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“hospital persendirian” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Hospital Persendirian 1971 [Akta 43];

“ketua pembantu perubatan” ertinya orang yang dilantik menjadi ketua pembantu perubatan dalam Kementerian Kesihatan dan termasuklah seseorang yang memangku bagi sementara dalam jawatan itu;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perubatan Malaysia dan termasuklah seseorang yang memangku bagi sementara dalam jawatan itu;

“klinik persendirian” ertinya mana-mana premis yang dipunyai atau disenggara oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar bagi menjaga, merawat atau memulihkan pesakit luar persendirian dan termasuklah sesuatu dispensari persendirian;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran)

yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“majikan” termasuklah Kerajaan;

“pembantu perubatan” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta ini;

“pendaftar” ertinya Ketua Pengarah semasa menjalankan tugas pendaftar pembantu perubatan di bawah Akta ini;

“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“pusat kesihatan Kerajaan” termasuklah sesuatu klinik Kerajaan dan sesuatu dispensari Kerajaan bagi menjaga, merawat atau memulihkan pesakit;

“pusat latihan” ertinya sesuatu pusat atau sesuatu institusi yang diluluskan oleh Lembaga bagi melatih orang yang bercadang untuk didaftarkan sebagai pembantu perubatan;

Pembantu Perubatan (Pendaftaran)

7

“rayuan” ertinya sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 17.

Section 2 — AKTA PEMBANTU PERUBATAN (PENDAFTARAN) 1977