Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Yang Dipertua, seorang setiausaha dan beberapa orang ahli lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah menjadi Yang Dipertua dan ketua pembantu perubatan hendaklah menjadi setiausaha.
(4)
Anggota Lembaga, selain Yang Dipertua dan setiausaha, hendaklah dilantik oleh Menteri selama tempoh yang ditentukan dan anggota itu adalah layak dilantik semula.
(5)
Walau apa pun subsekyen (4), Menteri boleh pada bila-bila masa dan tanpa memberi apa-apa sebab membatalkan pelantikan seseorang anggota, selain Yang Dipertua atau setiausaha.
Mesyuarat Lembaga