Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Jika Yang Dipertua tidak hadir pada sesuatu mesyuarat, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka menjadi pengerusi.
(3)
Pengerusi pada sesuatu mesyuarat hendaklah mempunyai suatu undi asal dan juga, jika mengenai sesuatu perkara pembahagian undi didapati sama banyak, undi pemutus.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 180 8
(4)
Lembaga hendaklah bermesyuarat di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana ditetapkan oleh Yang Dipertua dan pada sesuatu mesyuarat empat orang anggota hendaklah menjadi satu kuorum.
Perbuatan Lembaga hendaklah sah walaupun kecacatan dalam pelantikan atau walaupun ada kekosongan 5.
Semua perbuatan yang dilakukan oleh Lembaga hendaklah, walaupun ada sesuatu kekosongan dalam Lembaga atau walaupun kemudiannya didapati ada suatu kecacatan dalam pelantikan seseorang yang berupa sebagai anggotanya, sah seolah-olah kekosongan atau kecacatan itu tidak wujud.